Terier pekerja

Terier pekerja ialah sejenis terier yang dibiakbakakan dan dilatih untuk memburu makhluk perosak termasuk bejar, rubah, tikus, dan mamalia kecil lain. Ini mungkin memerlukan terier pekerja yang mengejar makhluk perosak berkenaan ke dalam sarang bawah tanah. Baka anjing pekerja ini tidak dibiakbakakan terutamanya untuk pertunjukan anjing mahupun sebagai anjing teman, sebaliknya ia dihargai kerana kebolehan untuk berburu, daya ketahanan, dan gameness. Terier pekerja menyediakan utiliti di ladang, untuk kawalan makhluk perosak dan kegiatan perburuan terancang. Terrierman memimpin kawanan terier semasa terier bekerja.
Menurut Oxford English Dictionary, nama terrier[1] bertarikh kembali ke tahun 1410[2] dalam karya tulisan Edward dari Norwich, Duke York ke-2 (1373–1415).[3] Perkataan terrier dalam bahasa Perancis Kuno diterbitkan daripada perkataan bahasa Latin terra, yang memaksudkan "bumi". Istilah terrier yang memaksudkan "anjing bumi"[4] digunakan pada Zaman Pertengahan dengan kaitan dengan peranan anjing dalam menggali ke dalam tanah untuk mengejar buruan, yang akhirnya menjadi nama bagi kumpulan anjing pemburu ini.
Dengan pertumbuhan kepopularan pemburuan rubah di Britain pada abad ke-18 dan abad ke-19, terier dibiakbakakan secara meluas untuk mengikuti rubah merah, serta bejar Eurasia, ke dalam korok masing-masing. Ini dirujuk sebagai "kerja terier" atau "pergi ke dalam tanah".[5] Tujuan terier adalah untuk menemukan korok haiwan mangsa dan kemudian sama ada menakut-nakutkannya untuk meninggalkan koroknya atau menahan mangsa supaya ia dapat dibunuh atau ditangkap.[6]
Terier pekerja tidak patut lebih lebar daripada haiwan yang diburu (garis lilit dada atau "rentang" kurang daripada 35 cm atau 14 inci) supaya muat ke dalam korok dan masih mempunyai ruang untuk bergerak.[7]
Kerja terier telah dikutuk oleh pertubuhan kebajikan haiwan British, seperti League Against Cruel Sports, International Fund for Animal Welfare, dan Royal Society for the Prevention of Cruelty to Animals, kerana dapat menyebabkan pergaduhan bawah tanah sesama haiwan dan menyebabkan kecederaan serius.[8] British National Working Terrier Federation menafikan bahawa pergaduhan bawah tanah ialah isu, dengan berhujah bahawa peranan terier adalah untuk menemukan, menyalak, dan menggarah haiwan buruan, bukan untuk menyerang haiwan buruan.[9] Perburuan di bawah tanah dengan terier sebahagian besarnya menyalahi undang-undang di Britain di bawah Akta Perburuan 2004, melainkan dilakukan dengan syarat ketat yang diniatkan untuk melindungi unggas buruan. Perburuan dengan terier pekerja untuk tikus adalah di sisi undang-undang di United Kingdom. Kerja terier adalah di sisi undang-undang di Australia, di Kanada, di Afrika Selatan, di Amerika Syarikat, dan di kebanyakan Eropah Benua.
Syarat terier pekerja
[sunting | sunting sumber]Ciri utama terier pekerja ialah bahawa ia mempunyai pemilik atau penjaga yang bekerja dengannya; terier bukan terier pekerja hanya berdasarkan pembiakbakaannya.
Kualiti kedua terpenting terier pekerja ialah saiz dada kecil. Walaupun saiz dada unggul terier pekerja mungkin bergantung pada saiz paip sarang, anjing lebih kecil pada umumnya sebaik anjing lebih besar atau lebih baik daripada anjing lebih besar. Anjing kecil dapat mencapai buruan tanpa perlu menggali dan mencapai buruan tanpa kelesuan. Anjing yang terlalu besar akan bergelut untuk melepasi selekoh di dalam terowong dan perlu digali setiap beberapa kaki. Jika anjing perlu menggali cukup dalam sehingga terowong menyempit, anjing perlu menolak tanah di belakangnya untuk maju, yang dapat mengakibatkan anjing "tersumbat" oleh tanah dari belakang. Dalam situasi sedemikian, anjing akan menghadapi kesukaran untuk keluar sendiri jika tidak dapat bertukar arah.
Dengan dua haiwan di bawah tanah, aliran udara mesti dikekalkan untuk mengelakkan asfiksia. Semakin banyak ruang yang diambil oleh anjing di dalam korok, semakin banyak aliran udara akan dicerut. Sebagai tambahan, anjing kecil mempunyai kebolehan bergerak lebih baik dan dapat lebih mudah mengelak daripada digigit. Oleh sebab ini, anjing kecil kerap menerima kurang kecederaan di bawah tanah berbanding dengan anjing lebih besar, yang lebih berkemungkinan mendapati diri tersekat di dalam paip sarang, bersemuka dengan mangsa, dan tidak dapat bergerak ke hadapan atau ke belakang.
Syarat penting lain bagi terier pekerja merupakan gameness, hidung bagus, dan kebolehan untuk menyelesaikan masalah untuk menghindari mudarat di bawah tanah.
Kerja terier sebagai kawalan haiwan perosak
[sunting | sunting sumber]Pelbagai jenis buruan diburu di bawah tanah dengan terier, termasuk rubah merah, marmot tanah, rakun, oposum, koypu, dan bejar Eropah dan Amerika.
Menurut tinjauan tahun 1994 oleh British Association for Shooting and Conservation, 9% daripada jumlah rubah yang dibunuh oleh penjaga mergastua di United Kingdom dibunuh ikutan penggunaan terier.[10]
Kerja terier bukan cara sangat cekap untuk memburu makhluk perosak, walaupun pada tahun 2006, sekitar 258 orang anggota Royal College of Veterinary Surgeons berhujah bahawa ini ialah cara agak berperikemanusiaan untuk mengurangkan bilangan rubah dan agak selektif.[11] Oleh sebab ciri-ciri ini, kerja terier dianggap sebagai cara unggul untuk mengawal hidupan liar mengganggu tertentu di negara tani.
Ketidakcekapan kerja terier bermakna bahawa, tidak seperti racun dan perangkap, tiada bahaya bahawa sesuatu spesies dapat dilenyapkan di kawasan luas dan ada hanya sedikit peluang bahawa haiwan dewasa akan ditamatkan dengan anak tidak terlihat yang masih di dalam sarang.
Walaupun tidak cekap, pasukan terier, apabila digandingkan dengan penggali bersemangat, dapat mengawal rubah merah, rakun, dan marmot tanah di ladang kecil bilamana kehadirannya mungkin menjadi masalah untuk ayam, angsa, populasi burung liar, dan pengeluaran tanaman. Oleh sebab kerja terier adalah selektif, haiwan dapat ditamatkan, atau dapat dipindahkan dan ditempatkan semula ke ladang, ke hutan, atau ke kawasan sisa berdekatan supaya tidak akan memudaratkan.
Sejarah awal
[sunting | sunting sumber]Kerja terier sebagaimana yang dikenali kini bermula dengan kebangkitan Gerakan Kurungan pada lewat abad ke-18 di England. Dengan kurungan, orang ramai dipindahkan dari tanah ke bandar dan ke pekan dan biri-biri dan haiwan ternakan lain dipindahkan ke padang baru bertembok dan berpagar. Kawasan luas ruang terbuka berpagar terbukti sesuai untuk pemburuan rubah secara berkuda, iaitu sukan yang telah tiba di United Kingdom dari Perancis pada lewat abad ke-17.
Pemburuan rubah secara berkuda pertama diterangkan oleh Sir Walter Scott, yang juga menerangkan terier pekerja pertama di United Kingdom. Baka terier pekerja benar pertama yang mempunyai keserupaan dengan yang terlihat di lapangan kini ialah terier Jack Russell. Terier Jack Russell dinamai sempena Reverend John Russell, yang usia panjangnya (1795–1883) merangkumi keseluruhan sejarah awal pemburuan rubah secara berkuda di United Kingdom dan yang dikreditkan dengan pembiakbakaan terier berbadan putih pemburu rubah pertama yang digunakan di lapangan kini.[12]
Dengan kebangkitan Gerakan Kurungan pada lewat abad ke-18 dan awal abad ke-19, muncul kawalan induk jantan dan penambahbaikan pesat kawanan haiwan ternakan. Semakin baka diperbaik, pertunjukan ternakan diadakan untuk memaparkan penambahbaikan ini. Daripada pertunjukan ternakan ini, pertunjukan anjing pertama bertumbuh.
Pertunjukan anjing pertama muncul di United Kingdom pada tahun 1859, tahun sama Asal Usul Spesies karya Charles Darwin pertama kali diterbitkan. Kedua-dua buku Darwin dan pertunjukan anjing pertama mendapat banyak ilham daripada "penspesiesan" cepat bagi baka ternakan baharu yang telah pertama kali bermula dengan usaha Robert Bakewell untuk mengawal pemilihan induk jantan. Jika baka ternakan dapat "diperbaik" dengan cepat melalui pembiakbakaan terkawal, jelas-jelas perkara sama dapat dilakukan dengan anjing.
Pada antara tahun 1800 dengan tahun 1865, bilangan baka anjing di United Kingdom meningkat daripada 15 kepada melebihi 50 dan meningkat selanjutnya dengan ketara dengan penubuhan The Kennel Club pada tahun 1873.
Ternakan akar
[sunting | sunting sumber]Terier pekerja diturunkan daripada dua akar: anjing berwarna dari utara (Scotland) dan anjing putih dari selatan (England dan Wales). Daripada dua akar ini terbit keragaman anjing The Kennel Club dan setiap jenis terier pekerja yang lazim terdapat di lapangan kini.[13]
"Fell terrier" ialah anjing pekerja berwarna bukan pedigri asli dari utara. Daripada takungan gen pelbagai ini telah terbit terier Wales, terier Lakeland, dan terier sempadan dalam The Kennel Club. Kini, hanya terier sempadan yang kadang-kadang terdapat di lapangan. Ini bukan bermakna bahawa fell terrier pekerja telah lenyap—ia masih wujud dengan nama itu dalam kalangan penggemar terier pekerja.
Fell terrier pekerja kini mungkin berwarna perang, hitam, merah, atau hitam dan sawo matang dan mungkin berlapis bulu licin, dawai, atau putus-putus. Anjing ini dapat dipanggil fell terrier, "lakeland pekerja", atau "terier Patterdale". Satu keragaman Jerman bagi fell terrier dipanggil "jagdterrier", tetapi piawaian untuk anjing ini adalah pada saiz besar dan, sebagai akibat, ia paling berguna di dalam paip besar, tanah tiruan, atau apabila ia telah dikecilkan melalui pembiakbakaan kepada saiz 30–33 cm (12–13 inci).
Dari bahagian selatan England telah datang anjing pemburu rubah putih, yang asal usulnya adalah sama seperti asal usul terier Jack Russell. Baka The Kennel Club yang diterbitkan daripada anjing berbulu kebanyakannya putih ini termasuk terier rubah licin, terier rubah dawai, terier Sealyham, dan yang terkini,[bila?] terier Parson Russell dan terier Russell. Tiada satu pun daripada baka The Kennel Club ini yang lazim didapati bekerja di lapangan kini.
Ketidakhadiran anjing pekerja berbadan putih dalam The Kennel Club tidak bermakna anjing pemburu rubah putih telah lenyap. Terier Jack Russell pekerja masih sama lazim seperti biasa, menampilkan dirinya dengan pelbagai lapis bulu (licin, putus-putus, dan dawai atau kasar), saiz (setinggi 25–38 cm atau 10–15 inci, dengan kebanyakan anjing pekerja bersaiz setinggi 25–33 cm atau 10–13 inci), dan warna lapis bulu (daripada putih metah kepada 49% berwarna dengan tanda-tanda sawo matang dan hitam). Malah terdapat satu jenis baharu terier Jack Russell pekerja, iaitu "terier Plummer", yang pertama kali diwujudkan oleh Brian Plummer pada tahun 1970-an.
Alat dan teknik
[sunting | sunting sumber]Alat yang digunakan untuk kerja terier pada dasarnya kekal tidak berubah selama lebih daripada 400 tahun: terier pemburu berdada kecil, penyodok bermata bulat bagus, batang penggali, parang cangkuk untuk membersihkan tanaman pagar dan semak berduri, jaring rubah, air untuk anjing dan penggali, jerat untuk mengeluarkan buruan, atau senjata api atau alat tumpul untuk memusnahkannya.
Satu-satunya peralatan "moden" yang terdapat dalam kit terrierman yang kelihatan asing bagi terrierman dari lewat abad ke-18 ialah kolar radio elektronik yang digunakan untuk membantu menemukan anjing di bawah tanah dan mempercepat penggalian. Kolar penentu lokasi telah banyak meningkatkan keselamatan anjing ketika berada di bawah tanah.
Kontroversi di United Kingdom
[sunting | sunting sumber]Kerja terier telah dikritik oleh kumpulan kebajikan haiwan di United Kingdom, khususnya sehubungan dengan pemburuan rubah, bilamana terier mungkin digunakan untuk menggarah rubah yang telah pergi ke bawah tanah. Ini dapat menyebabkan terier menyerang rubah dan bukan menggarah rubah, lantas memanjangkan kematian rubah. League Against Cruel Sports menyatakan bahawa kematian pencetus distres dan berpanjangan berlaku semasa penggalian atau penggarahan rubah dan kecederaan serius dapat dialami oleh anjing.[8] Liga itu mencatatkan bahawa terier dan terrierman kerap mengiringi perburuan yang didakwa merupakan pemburuan jejak sah, tetapi pada hakikatnya merupakan pemburuan rubah.[8]
Pertubuhan seperti League Against Cruel Sports telah menghasilkan pelbagai laporan tentang terier pekerja.[8] Pada tahun 1994, Alan Williams, Ahli Parlimen Buruh untuk Swansea West, mengusulkan rang undang-undang bukan kerajaan, iaitu Rang Undang-undang Perlindungan Anjing, yang bertujuan untuk melarang kegiatan ini,[14] tetapi kegiatan ini tidak dilarang di United Kingdom sehingga kelulusan Akta Perburuan 2004. Akta itu mengharamkan kerja terier melainkan mematuhi sebilangan syarat ketat yang direka untuk penjaga mergastua.[15]
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ↑ "terrier". Oxford English Dictionary (dalam bahasa Inggeris). Oxford University Press. Dicapai pada 1 Februari 2026.
- ↑ "MS. Digby 182" (dalam bahasa Inggeris). Medieval Manuscripts in Oxford Libraries. Dicapai pada 1 Februari 2026.
First y will begyn at Racches and þeire nature..after at Greyhoundes..alauntes..Spayngyels..Mastyfs that men callen Curres..and after at smale Curres and that fallen to be terreres
- ↑ "Edward of Norwich, 2nd duke of York" [Edward dari Norwich, duke York ke-2]. Encyclopædia Britannica (dalam bahasa Inggeris). Encyclopædia Britannica. 16 April 2024. Dicapai pada 1 Februari 2026.
- ↑ Glover, John Robert (2014). Ratting with Terriers [Pemburuan Tikus dengan Terier] (dalam bahasa Inggeris). Brent Eleigh, Suffolk, United Kingdom: Skycat Publications. m/s. 139. ISBN 9780993022302. OCLC 909156115.
- ↑ Marvin, John T. (1982). "Background and Heritage of the Terrier Family" [Latar Belakang dan Warisan Keluarga Terier]. The New Complete Scottish Terrier [Terier Scotland Lengkap Baharu] (dalam bahasa Inggeris) (ed. ke-2). New York, New York, Amerika Syarikat: Howell Book House. m/s. 12. ISBN 9780876053065. OCLC 7975535.
- ↑ "National Working Terrier Federation" (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 14 April 2008. Dicapai pada 1 Februari 2026.
The terrier's primary role is not to fight with it's quarry. The role is to locate the quarry below ground and to bark at it continuously, either causing it to leave the earth, or alternatively to indicate where in the earth the quarry is located, in order that it can be dug to and dispatched.
- ↑ Jones, Barry. "Spanning the Jack Russell Terrier" [Menjengkal Terier Jack Russell] (dalam bahasa Inggeris). Terrierman.com. Dicapai pada 1 Februari 2026.
- 1 2 3 4 "Standing Against Terrier Work" [Berdiri Menentang Kerja Terier] (dalam bahasa Inggeris). League Against Cruel Sports. Dicapai pada 1 Februari 2026.
- ↑ "WRITTEN EVIDENCE - SECOND STAGE" [BUKTI BERTULIS - PERINGKAT KEDUA] (dalam bahasa Inggeris). Siasatan Burns. 10 Mei 2000. Diarkibkan daripada yang asal pada 27 Julai 2008. Dicapai pada 1 Februari 2026.
- ↑ "BASC RESPONSE TO LORD BURNS' INVITATION TO SUBMIT WRITTEN EVIDENCE TO THE COMMITTEE OF INQUIRY" [RESPONS BASC KEPADA UNDANGAN LORD BURNS UNTUK MENGHUJAHKAN BUKTI BERTULIS KEPADA JAWATANKUASA SIASATAN] (dalam bahasa Inggeris). Siasatan Burns. 8 Mac 2000. Diarkibkan daripada yang asal pada 27 Julai 2008. Dicapai pada 1 Februari 2026.
6. FOX CONTROL
- ↑ "A veterinary opinion on hunting with hounds" [Pendapat veterinar tentang perburuan dengan hound] (dalam bahasa Inggeris). huntfacts.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 31 Disember 2006. Dicapai pada 1 Februari 2026.
- ↑ "History of the Jack Russell Terrier" [Sejarah Terier Jack Russell] (dalam bahasa Inggeris). Jack Russell Terrier Club of America. Dicapai pada 1 Februari 2026.
- ↑ Scott, Johnny (27 Mac 2021). "The history of terriers: small wonders" [Sejarah terier: keajaiban kecil] (dalam bahasa Inggeris). Future Publishing Limited Quay House. Dicapai pada 1 Februari 2026.
- ↑ "House of Commons Hansard Debates for 4 Feb 1994" [Perdebatan Hansard Dewan Rakyat untuk 4 Februari 1994] (dalam bahasa Inggeris). Dewan Rakyat United Kingdom. Diarkibkan daripada yang asal pada 5 Jun 2011. Dicapai pada 1 Februari 2026.
- ↑ "House of Commons Hansard Debates for 30 Jun 2003 (pt 17)" [Perdebatan Hansard Dewan Rakyat untuk 30 Jun 2003 (bhg. 17)] (dalam bahasa Inggeris). Dewan Rakyat United Kingdom. Dicapai pada 1 Februari 2026.
Bibliografi
[sunting | sunting sumber]- Burns, Patrick (16 Februari 2006). American Working Terriers [Terier Pekerja Amerika] (dalam bahasa Inggeris). Raleigh, Carolina Utara, Amerika Syarikat: Lulu Enterprises Incorporated. ISBN 9781411660823. OCLC 1431193697.
- Chapman, Eddie (1985). The Working Jack Russell Terrier [Terier Jack Russell Pekerja] (dalam bahasa Inggeris). Eddie Chapman. OCLC 59709491.
- Fischer, John. Vulpicide in South Nottinghamshire in 1865 [Pembunuhan Rubah di South Nottinghamshire pada Tahun 1865] (dalam bahasa Inggeris).
- Macdonald, David Whyte (1987). Running with the Fox [Berlari dengan Rubah] (dalam bahasa Inggeris). London, United Kingdom: Unwin Hyman. ASIN 0044400845 Check
|asin=value (bantuan). ISBN 9780044400844.
Bacaan lanjut
[sunting | sunting sumber]- Glover, John Robert (2014). Ratting with Terriers [Pemburuan Tikus dengan Terier] (dalam bahasa Inggeris). Brent Eleigh, Suffolk, United Kingdom: Skycat Publications. ISBN 9780993022302. OCLC 909156115.