Pergi ke kandungan

Perang Israel–Palestin

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Perang Israel–Palestin
Sebahagian daripada Konflik Israel–Palestin

     Gaza

     Wilayah Jajahan Israel dengan keberadaan Mujahidin Palestin      Kawasan dipindahkan

  Sempadan maksimum kemaraan Palestin
Tarikh7 Oktober 2023 – kini
(3 tahun, 4 minggu dan 1 hari)
Lokasi
Status Gencatan senjata
Pihak yang terlibat
Pasukan bukan Palestin

Israel

Komandan dan pemimpin
Unit terlibat

Pasukan bukan Palestin

Kerugian dan korban

Genting Gaza

  • 64,183+ maut, termasuk 14,000+ hilang dan dianggap telah maut[14]
  • 113,828+ cedera[8]
  • 16,300+ ditangkap[15]

Tebing Barat[a]

Lubnan

Syria

Israel

  • 1,986+ maut
    • 991 anggota keselamatan[29]
  • 13,500+ cedera[d]
  • 251+ ditangkap
1,900,000+ penduduk dipindahkan di Gaza[33]
2000+ penduduk dipindahkan di Tebing Barat
65,000 dipindahkan di Lubnan[34]
200,000+ dipindahkan di Israel[35]

Perang Israel–Palestin adalah satu siri peperangan yang sedang berlaku di Israel dan Palestin, khususnya di Genting Gaza yang bermula pada 7 Oktober 2023. Perang ini merupakan yang terburuk pernah dihadapi rakyat Palestin dalam sejarah konflik Israel dan Palestin. Kini, lebih 40 ribu orang rakyat Palestin disahkan terkorban dengan lebih 10 ribu orang telah disahkan hilang sepanjang perang ini.

Peperangan ini bermula dengan sebuah operasi ketenteraan mengejut bermula dengan pelancaran roket yang digalakkan oleh pejuang kemerdekaan Palestin, Briged Izzuddin Al-Qassam dari Semenanjung Gaza. Unit itu juga menggalakkan penyusupan kilat ke bandar-bandar Israel yang mengelilingi sempadan antara Israel dan Semenanjung Gaza. Serangan ini dinamakan sebagai Taufan al-Aqsa (Dalam Bahasa Arab: طوفان الأقصى) manakala serangan balas Israel dipanggil sebagai Operasi Pedang Besi (Ibrani: מבצע חרבות ברזל, rumi: Mivtsa Kherevot Barzel).[36]

Latar belakang

[sunting | sunting sumber]

Pada 7 Oktober 2023, sebahagian daripada konflik Israel-Palestin, sebuah operasi ketenteraan mengejut bermula dengan pelancaran roket berjumlah kira-kira 5,000 buah telah dilepaskan ke Israel dari Genting Gaza oleh pejuang Hamas dari Palestin, disusuli dengan penyusupan ketenteraan ke dalam Kibbutz (petempatan luar bandar terancang Israel) yang mengelilingi Gaza dan bandar Sderot di Israel).

Sempadan Israel-Gaza juga hancur akibat diletupkan oleh Briged Izzuddin Al-Qassam dan pejuang Palestin yang lain, juga dihancurkan oleh rakyat Palestin di Gaza menggunakan jentolak yang menghancurkan pagar sempadan Israel-Gaza. Pejuang Briged Izzuddin Al-Qassam dan pejuang Palestin yang lain juga menggunakan jip bagi memasuki wilayah jajahan 1948 melalui jalan darat dan laut. Kebanyakan kem tentera Israel berdekatan dengan sempadan Gaza turut dikuasai oleh unit pejuang Palestin. Pejuang Hamas juga menawan sejumlah pegawai, pasukan tentera dan rakyat Israel. Salah satu komander kanan tentera Israel yang ditawan ialah Nimrod Alloni. Kesemua tawanan itu telah dibawa ke Genting Gaza.

Permulaan serangan Operasi Ketenteraan Taufan Al-Aqsa juga bertepatan dengan ulang tahun ke-50 Perang Arab–Israel pada 1973.[37] Pemimpin Hamas, Saleh al-Arouri menyatakan bahawa "Mujahidin" memulakan operasi bagi mempertahankan Masjid Al-Aqsa dan membebaskan tahanan Palestin yang selama ini dizalimi Zionis Israel. Briged Izzuddin Al-Qassam menerbitkan gambar tentera Israel yang ditangkap. Trafik navigasi terganggu di lapangan terbang di tengah dan selatan Israel.[38] Serangan roket dari Gaza juga terus dilancarkan ke Israel sejauh Tel Aviv dan Jerusalem.

Sebagai balas, Israel melancarkan serangan ke atas Genting Gaza.[39][40] Sejurus serangan ini, Perdana Menteri Benjamin Netanyahu mula mengadakan mesyuarat tergempar dan mengisytiharkan perang ke atas Palestin. Netanyahu juga memberi amaran kepada pejuang Palestin bahawa mereka akan berdepan dengan akibat yang tidak pernah terjadi sebelum ini. Menteri Pertahanan Yoav Galant meluluskan panggilan pasukan simpanan.[41] Israel memulakan serangan balasnya yang digelar "Operasi Pedang Besi" dengan serangan udara ke atas Genting Gaza, terutama di bahagian utara dengan tujuan bagi "memusnahkan keupayaan Hamas" di Gaza. Puluhan penduduk disahkan maut akibat serangan yang disasarkan ke kawasan kem pelarian dan kawasan awam.[42] Israel juga telah menyerang masjid dan hospital yang telah menjejaskan khidmat perubatan di Gaza. Sekatan penuh juga dikenakan rejim Israel ke atas Genting Gaza merangkumi bekalan elektrik, air dan bantuan makanan.

Peristiwa

[sunting | sunting sumber]

Genting Gaza

[sunting | sunting sumber]
Kerosakan bangunan kediaman di Rimal, Gaza, akibat serangan udara pada 9 Oktober

Beberapa jam setelah serangan Hamas bermula, beberapa helikopter tentera Israel dari utara Israel mula dilancarkan ke Genting Gaza bagi memulakan serangan balas. Mereka mula menghadapi kesukaran bagi meneliti kawasan mana yang telah diduduki, dan kesukaran dalam membezakan rakyat Israel dan penyerang Palestin. Pasukan Israel juga mula melepaskan tembakan ke sasaran yang dipercayai mereka merupakan penyerang Palestin. Namun akhbar Israel, Haaretz turut menyatakan bahawa Israel juga telah melepaskan tembakan ke arah segelintir orang awam yang hadir ke festival itu disebabkan keadaan yang agak sukar.[43] Kenyataan ini kemudiannya disangkal oleh polis Israel.

Tentera Israel juga telah melancarkan keadaan "sedia berperang", dengan mengerahkan puluhan ribu tentera simpanan dan mengisytiharkan darurat di seluruh kawasan dalam lingkungan 80 kilometer dari Genting Gaza. Pasukan tentera simpanan juga dilaporkan telah dihantar ke Gaza, Tebing Barat, sempadan Lubnan dan sempadan Syria. Penduduk berdekatan Gaza juga diarahkan untuk duduk di rumah, manakala penduduk di tengah dan selatan Israel diarahkan untuk sentiasa dalam keadaan waspada.

Pada 9 Oktober, Menteri Pertahanan Yoav Gallant telah mengumumkan sekatan penuh terhadap Genting Gaza, merangkumi bekalan elektrik, makanan dan sumber minyak.[44] Sekatan ini telah mendapat tentangan penuh dari ramai pihak, antaranya badan kebajikan Human Rights Watch yang menyifatkan arahan itu sebagai seruan terhadap jenayah perang. Setelah mendapat tekanan dari Amerika Syarikat, Israel kemudiannya mengubah sekatan ini dengan satu perjanjian bagi Israel dan Mesir yang membenarkan kemasukan bantuan ke Gaza.[45] Bantuan pertama sejak perang ini bermula telah tiba di Gaza pada 21 Oktober, manakala bekalan minyak hanya dapat memasuki Gaza bermula pada November.

Pemindahan penduduk Gaza

[sunting | sunting sumber]
Sempadan yang ditetapkan IDF di Wadi Gaza, memisahkan Gaza kepada dua bahagian

Pada 13 Oktober, tentera Israel mula mengancam dan memaksa lebih sejuta penduduk di Gaza Utara untuk berpindah ke kawasan selatan dari Wadi Gaza. Ancaman ini dicetuskan bagi meneruskan serangan udara Israel ke atas utara Gaza. Israel juga mengumumkan tempoh enam jam iaitu bermula pada 10 pagi hingga 4 petang bagi penduduk Gaza melarikan diri ke selatan melalui beberapa jalan yang telah dikhususkan di Gaza. Beberapa letupan dilaporkan di jalan yang dinyatakan selamat digunakan penduduk dan mengakibatkan sejumlah korban.[46] IDF menuduh Hamas telah membina sekatan jalan bagi menghalang penduduk di utara Gaza daripada berpindah dan menyebabkan kesesakan jalan, namun Hamas menafikan tuduhan itu.[47]

Ribuan penduduk terpaksa berlindung di beberapa hospital dan bangunan sekolah di selatan Gaza. Pada 17 Oktober, Israel mula menyerang beberapa kawasan di selatan Gaza. Kementerian Kesihatan melaporkan bahawa beberapa bangunan telah diserang sehingga mengakibatkan ratusan penduduk yang berlindung dari utara Gaza terkorban.[48] Israel telah menyerang sebuah sekolah seliaan UNRWA di kem Maghazi. Terdapat satu letupan di kawasan parkir Hospital al-Ahli Arab, membunuh ratusan penduduk. Punca letupan menjadi perdebatan antara IDF dan pejuang Palestin. Beberapa siasatan telah dijalankan berkenaan punca letupan, dan beberapa pihak menyatakan puncanya daripada roket pejuang Palestin yang gagal disasarkan. Namun siasatan baharu juga mendapati puncanya berasal daripada roket yang dilancarkan dari arah Israel.

Israel juga terus mengebom masjid dan gereja di Genting Gaza mengakibatkan puluhan korban. Beberapa aktiviti ketenteraan Israel turut dijalankan di Tebing Barat mengakibatkan puluhan penduduk terbunuh sejak serangan 7 Oktober.[49]

Serangan darat Israel

[sunting | sunting sumber]

Pada 27 Oktober, tentera Israel mula melancarkan serangan darat ke atas Gaza, terutamanya di utara dan Bandar Gaza. Israel mendakwa serangan ini dilakukan bagi memusnahkan rangkaian terowong Hamas di Gaza, melemahkan aktiviti mereka dan membebaskan semua tahanan Israel di Gaza.[50] Pertempuran antara Hamas dan tentera Israel mula dilaporkan di Beit Hanoun dan Bureij. Israel juga menyasarkan kawasan sekitar Hospital Al-Quds yang dipercayai menempatkan lebih 14 ribu penduduk yang berlindung di sekitarnya.[51] Israel juga dilaporkan telah menghancurkan jalan yang menghala ke Hospital Al-Shifa, yang menyebabkan kesukaran hubungan.[52] Israel juga mendakwa mereka telah membunuh beberapa anggota tertinggi Hamas dalam serangan darat mereka. Beberapa serangan dilakukan Israel ke atas kem Jabalia kerana didakwa menjadi pusat pergerakan Hamas.[53]

Pada 1 November, kumpulan pertama yang dipindahkan telah mula memasuki Mesir. 500 orang selebihnya yang terdiri daripada pesakit kritikal dan warga asing akan mula dipindahkan setelah beberapa hari, dengan 200 orang yang akan dipindahkan telah menunggu di sempadan.

Pada 2 November, Israel mendakwa mereka telah menguasai dan mengepung sekeliling Bandar Gaza yang dianggap sebagai pusat utama kegiatan Hamas. Pada 15 November, Israel telah menceroboh hospital terbesar di Gaza, Hospital As-Shifa yang didakwa sebagai pusat kegiatan bawah tanah Hamas. Beberapa minggu berikutnya, kesemua hospital di utara Gaza telah berhenti daripada berfungsi akibat serangan Israel, ketiadaan elektrik dan bantuan perubatan.

Gencatan senjata

[sunting | sunting sumber]

Pada 21 November, Israel dan Hamas telah berjaya menandatangani satu perjanjian gencatan senjata yang berlangsung selama empat hari. Antara perjanjian yang dibuat termasuklah pertukaran antara tawanan Israel di Gaza dan tahanan Palestin di Israel serta kemasukan bantuan yang lebih banyak ke dalam Genting Gaza.[54] Gencatan senjata ini kemudiannya dilanjutkan kepada tujuh hari menyaksikan 105 tawanan Israel dan 240 tahanan Palestin dibebaskan.[55]

Sambungan semula perang

[sunting | sunting sumber]
Tentera Israel beroperasi di kejiranan Gaza

Perjanjian gencatan senjata ini seterusnya tamat pada 1 Disember, menyaksikan kedua-dua belah pihak saling menyalahkan kerana tiada lanjutan perjanjian ini. Hamas menyatakan bahawa tahanan Israel yang masih berada di Gaza hanya terdiri daripada askar dan orang awam lelaki yang berkhidmat dalam pasukan tentera Israel. Ribuan lagi tahanan Palestin masih berada dalam penjara Israel. Hamas juga menyatakan keengganan mereka dalam membebaskan tawanan tersebut melainkan kesemua tahanan Palestin di Israel dibebaskan dan gencatan senjata dilaksanakan.[56] Tahanan Palestin di Israel yang telah dibebaskan melaporkan penyeksaan yang dilakukan terhadap mereka oleh tentera Israel termasuklah dipukul, kekurangan makanan dan ketiadaan akses terhadap Palang Merah.[57]

Israel seterusnya melancarkan satu sistem grid yang menampilkan peta bagi memberi arahan kepada penduduk Gaza untuk berpindah dan memberi lokasi yang dikatakan selamat. Mereka juga telah menjatuhkan pamplet kepada orang ramai dengan satu kod QR bagi mengakses peta tersebut. Kaedah ini dikritik ramai pihak kerana kesukaran penduduk Gaza mengakses peta tersebut akibat ketiadaan internet dan bekalan elektrik. Israel juga telah menyerang beberapa kawasan yang dinyatakannya selamat.[58][59] Beberapa jasad bayi yang telah reput juga telah ditemui di Hospital Kanak-Kanak Al-Nasr, dua minggu setelah dikosongkan secara paksa.[60]

Kemaraan Israel ke tengah Gaza

[sunting | sunting sumber]

Pada Disember 2023, Israel mendakwa mereka telah tiba ke kawasan Khan Yunis, Jabalia dan Shujaiyyah dan menghadapi tentangan hebat di sana. Pengeboman berterusan di tengah Gaza ini terus memaksa penduduk Gaza berpindah ke selatan iaitu Rafah. Israel juga mendakwa mereka telah menangkap ratusan lelaki yang didakwa merupakan pejuang Hamas yang menyerah. Namun akhbar The Guardian menyatakan bahawa tahanan itu terdiri daripada orang awam dan wartawan.[61] Pada 9 Disember, Joe Biden telah membenarkan pemberian 14 ribu butir peluru kereta kebal kepada Israel tanpa persetujuan kongres, dengan menggunakan kuasa kecemasan.[62] Pada 29 Disember, US memberikan lagi peluru meriam bernilai $148 juta kepada Israel.

Pada 15 Disember, tentera Israel mengumumkan kesilapan mereka yang telah membunuh tiga orang tahanan Israel di Gaza dengan tembakan. Mereka menyangka tahanan tersebut sebagai ancaman semasa operasi mereka di Shujaiyyah. Tentera Israel kemudiannya melepaskan tembakan dan membunuh mereka.[63][64] Pada 16 Disember, tentera Israel dilaporkan telah melepaskan tembakan ke arah sebuah gereja yang menempatkan 54 orang kurang upaya yang sedang berlindung. Tentera Israel juga telah membunuh dua wanita di kawasan gereja tersebut.[65]

Pengunduran Israel dari utara Gaza

[sunting | sunting sumber]