Pergi ke kandungan

Nagaland

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Nagaland
नागालैण्ड
State of Nagaland
Nickname: 
Land of Naga People (Tanah Orang Naga)
Land of Festivals (Tanah Perayaan)
Motto: 
"Unity" (Terj:Perpaduan)
Anthem: God Bless My Nagaland
   Nagaland' di    India
NegaraIndia
WilayahIndia Timur Laut
Sebelum ini merupakan sebahagian Negeri Assam1 December 1963
Ibu negeriKohima
Bandar terbesarDimapur
Kerajaan
  TypeSistem berparlimen Satu Dewan
  BodyDewan Undangan Negeri Nagalad
  GabenurNand Kishore Yadav
  Ketua MenteriNeiphiu Rio (Barisan Rakyat Naga
Keluasan
  Jumlah
16,579 km2 (6,401 batu persegi)
Ketinggian3,826 m (12,552 ft)
Penduduk
 (2011)
  Jumlah
1,978,502
Zon waktuUTCUTC+05:30 (WDI)
Postal code
1
ISO 3166 codeIN-NL
Huruf pertama plat kenderaanNL
Indeks Pembangunan Manusia 0.679[1] medium
Tapak sesawangnagaland.gov.in

Nagaland ( /ˈnɑːɡəlænd/) ialah sebuah negeri di wilayah timur laut India . Negeri ini bersempadan dengan negeri India Arunachal Pradesh di utara, Assam di barat, Manipur di selatan, dan Zon Pentadbiran Sendiri Naga di Wilayah Sagaing, Myanmar (Burma) di timur. Ibu negerinya ialah Kohima dan bandar terbesarnya ialah bandar kembar ChümoukedimaDimapur . Negeri ini mempunyai keluasan 16,579 kilometer persegi (6,401 bt2) dengan populasi seramai 1,980,602 orang berdasarkan Banci India 2011, menjadikannya salah satu negeri yang paling kurang penduduk di India. [2]

Nagaland terdiri daripada 17 daerah pentadbiran yang didiami oleh 17 suku utama bersama beberapa sub-suku lain. Setiap suku mempunyai ciri yang berbeza dari segi adat resam, bahasa dan pakaian. Negeri ini merupakan tanah yang kaya dengan cerita rakyat yang diwariskan dari generasi ke generasi melalui tradisi lisan [3]

Nagaland mempunyai pelbagai sumber semula jadi, budaya dan alam sekitar yang kaya. Ia merupakan sebuah negeri pergunungan dan terletak di antara garisan selari 95° dan 94° longitud timur dan 25.2° dan 27.0° latitud utara. Negeri ini mempunyai sumber mineral semula jadi, petroleum dan kuasa hidro yang ketara, dengan sektor utama adalah pertanianm menyumbang 24.6% daripada ekonominya. [4] Aktiviti penting lain termasuk perhutanan, pelancongan, insurans, hartanah, hortikultur dan pelbagai industri desa . [5] [6] [7]

Etimologi

[sunting | sunting sumber]

Asal usul perkataan 'Naga' tidak diketahui dengan jelas. [8] Pada masa lalu, masyarakat Naga telah dirujuk dengan pelbagai nama oleh kumpulan etnik dan kerajaan di sekeliling mereka. Penduduk Kerajaan Ahom di wilayah kini dikenali sebagai i Assam yang bermaksud merujuk mereka sebagai "Noga" atau "Naka", yang dikatakan membawa maksud "telanjang". [9] Orang Meitei di Lembah Imphal pula menguakan istilah "Hao" untuk merujuk kepada masyarakat tersebut. Sementara itu, Masyarakat Burma di wilayah yang kini dikenali sebagai Myanmar mengunakan istilah"Nakas" atau 'Naga' [10] [11] [12] yang bermaksud "orang yang memakai anting-anting". [13] Kemudianya,istilah Nakanchi atau Naganchi muncul sebagai endonym bagi merujuk kepada wilayah tersebut. [14]


Sebelum kedatangaan penjajahan Eropah di Asia Selatan, terdapat banyak peperangan, penganiayaan dan serangan dari Burma ke atas masyarakat Naga, Meitei serta kumpulan etnik lain di timur laut India. Para peyerang datang untuk " memburu kepala serta mencari kekayaan dan tawanan daripada suku-suku dan kelompok etnik ini. Apabila pihak British bertanya kepada pemandu dari Burma mengenai masyarakat yang yang tinggal di utara Himalaya, mereka diberitahu istilah 'Naka'.Istilah ini kemudianya direkodkan oleh Birtish sebagai 'Naga' dan telah digunakan selepas itu.

Daerah dan daerah urban

[sunting | sunting sumber]

Wilayah Nagaland terbagi kepada 11 daerah, dan terdapat 5 daerah urban di dalamnya.

Daerah urban

[sunting | sunting sumber]


Kerajaan Negeri

[sunting | sunting sumber]

Pilihan Raya

[sunting | sunting sumber]

Perikatan Demokratik Nagaland (DAN) ialah sebuah gabungan parti politik peringkat negeri di Nagaland. Gabungan ini mengetuai kerajaan bersama Parti Bharatiya Janata (BJP) dan Janata Dal (Bersatu) (JDU). Ia ditubuhkan pada tahun 2003 selepas pilihan raya Dewan Undangan Negeri Nagaland, dengan penyertaan Barisan Rakyat Naga (NPF), dan BJP. [15] Perikatan tersebut memerintah Nagaland dari tahun 2003 hingga 2018. [16]

Kerajaan UDA yang diketuai oleh pakatan Parti Demokratik Progresif NasionalBJPBarisan Rakyat Naga telah memenangi majoriti dalam pilihan raya Dewan Undangan Negeri Nagaland 2018 dan 2023. [17] [18]

Perlancongan

[sunting | sunting sumber]

Pakar pelancongan berpendapat bahawa keunikan dan lokasi strategik negeri ini di timur laut India memberikan Nagaland kelebihan dalam memanfaatkan sektor pelancongan untuk pertumbuhan ekonomi. [19] Negeri ini telah sangat berjaya dalam mempromosikan Festival Burung Enggang , yang menarik pelancong dari serata India dan luar negara. Teras utama pelancongan Nagaland adalah budayanya yang kaya, mempamerkan sejarah dan hidupan liar. [20] Infrastruktur pelancongan semakin meningkat dengan pesat. [21] Inisiatif tempatan dan perintis pelancongan kini mula mempromosikan model pelancongan yang bertanggungjawab secara sosial yang melibatkan penyertaan majlis, orang tua-tua kampung, gereja dan belia. [22]

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]
  • (Inggeris) http://www.kuknalim.com/ Nagas most popular site
  • (Inggeris) http://www.nagarealm.com/ Destination Naga's, People Of Nagaland
  • (Inggeris) http://www.nagalandonline.com/ Destination Naga's, People Of Nagaland
  • (Inggeris) http://nagaland.nic.in/ Diarkibkan 2010-06-17 di Wayback Machine - Govt. Of Nagaland Official website
  • (Inggeris) http://www.nagalandpost.com/ - The First News Daily of the state
  • (Inggeris) http://www.morungexpress.com/ - A Daily Publication of Morung for Indigenous Affairs & JustPeace
  • (Inggeris) http://www.nagafairyusa.com Diarkibkan 2021-01-20 di Wayback Machine - Nagas online portal "Making dreams come true"
  • (Inggeris) http://www.akasworld.com -
  • (Inggeris) http://nscnonline.org/
  • (Inggeris) http://www.nagalim.nl/
  • (Inggeris) http://www.hornbillmusic.com/ Diarkibkan 2011-02-07 di Wayback Machine - Music Task Force (Dept. of youth resource and sports)
  • (Inggeris) http://www.nagamusic.org/
  • (Inggeris) http://thenortheastherald.com/ Diarkibkan 2007-09-29 di Wayback Machine
  • (Inggeris) http://www.naga-wedding.tk/
  1. "India: Subnational HDI". Global Data Labs. Dicapai pada 8 June 2025.
  2. Census of India 2011 Diarkibkan 7 Februari 2013 di Wayback Machine Govt of India
  3. "Nagaland Profile | Nagaland State Portal". nagaland.gov.in. Diarkibkan daripada yang asal pada 30 October 2023. Dicapai pada 9 October 2023.
  4. "Economic Growth in Nagaland: IBEF Infographics". www.ibef.org (dalam bahasa Inggeris). January 2024. Dicapai pada 25 April 2024.
  5. "Nagaland's petroleum reserves stood at 2.38 million tons in 2021". India Brand Equity Foundation. Diarkibkan daripada yang asal pada 28 August 2022. Dicapai pada 28 August 2022.
  6. Charles Chasie (2005), Nagaland in Transition Diarkibkan 1 Mei 2016 di Wayback Machine, India International Centre Quarterly, Vol.
  7. Charles Chasie, Nagaland Diarkibkan 19 Februari 2014 di Wayback Machine, Institute of Developing Economies (2008)
  8. Nagaland – State Human Development Report Diarkibkan 21 Ogos 2014 di Wayback Machine United Nations Development Programme (2005)
  9. Grierson. Linguistic Survey of India Vol iii part ii. m/s. 194.
  10. Upper Chindwin District vol A. Burma Gazetteer. m/s. 22.
  11. Robert Reid, Michael Grosberg (2005). Myanmar (Burma). Lonely Planet. m/s. 380.
  12. SEMA, HOKISHE (1986). EMERGENCE OF NAGALAND: Socio-Economic and Political Transformation and the Future. INDIA: VIVEK PUBLISHING HOUSE PVT LTD, DELHI. m/s. 3. ISBN 0-7069-3031-2.
  13. Inato Yekheto Shikhu (2007). A re-discovery and re-building of Naga cultural values. Daya Books. m/s. 4. ISBN 978-81-89233-55-6.
  14. India – Unity in Cultural Diversity (PDF). National Council of Educational Research and Training. 2003. m/s. 103.
  15. "DAN to stake claim in Nagaland". Rediff.com. 2 March 2003. Diarkibkan daripada yang asal pada 24 September 2015. Dicapai pada 21 August 2014.
  16. "Naga People's Front secures absolute majority in Assembly polls, set to form third consecutive government". India Today. PTI. 28 February 2013. Diarkibkan daripada yang asal pada 7 December 2013. Dicapai pada 21 August 2014.
  17. "Nagaland Election Results: Full List of All Winning Candidates (MLAs)". News18. 3 March 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada 25 April 2020. Dicapai pada 22 November 2019.
  18. "Nagaland Assembly Election Results 2023: Nagaland Election Results, Lead Candidates, Winners". The Times of India. Dicapai pada 13 November 2025.
  19. Ghosh, Saptaparno (1 November 2016). "A window to the northeast". The Hindu. Diarkibkan daripada yang asal pada 7 March 2021. Dicapai pada 21 March 2017.
  20. "© Tourism Nagaland – Government of Nagaland". tourism.nagaland.gov.in. Dicapai pada 7 August 2025.
  21. Abraham, Rohan K. (22 January 2016). "Ignore the potholes, enjoy the ride". The Hindu. Diarkibkan daripada yang asal pada 8 March 2021. Dicapai pada 17 January 2017.
  22. "This Trail Blazer is Helping Indians Discover The North East Like Never Before". iDiva. 11 November 2015. Dicapai pada 14 February 2017.