Pergi ke kandungan

Ngiu chap

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Ngiu Chap (Cina ringkas: į‰›æ‚; Cina tradisional: į‰›é›œ) ialah sejenis hidangan makanan mi sup yang sangat popular di kalangan masyarakat Cina di Malaysia dan Singapura, khususnya di Sabah, Sarawak dan Johor. Ia sangan terkenal dengan sup yang berperisa kaya dengan tulang, daging, dan organ dalaman seperti babat, hati, limpa, dan paru. Hidangan ini biasanya dihidangkan bersama mi nipis atau mi kuning,tauge segar, daun sup dan cicahan cili kicap sebagai pelengkap.[1]

Asal-usul

[sunting | sunting sumber]

Nama 'Ngui Chap' yang berasal daripada dialek Hokkien.Di mana "Ngui" bermaksud daging dan "Chap" bermaksud sup rebusan.Hidangan ini pada asalnya adalah makanan di jalanan atau di pasar malam yang memberi kehangatan di waktu malam dan memberi tenaga.,sesuai untuk di jadikan sarapan atau makan tengah hari.[2]

Ciri-ciri unik

[sunting | sunting sumber]
  • Sup pekat dan berperisa-Direbus lama untuk mengeluarkan rasa tulang dan organ.
  • Campuran organ dalaman-seperti babat,paru,hati,limpa,menjadikan rasa lebih kompleks dan tekstur unik.
  • Mi dan taugeh-memberi keseimbangan dengan tekstur lembut dan segar.
  • Garnish dan sos-cili kicap,daun bawang,dan daun sup bagi menambah aroma dan rasa.

Populariti

[sunting | sunting sumber]

Di Malaysia,Ngui Chap terkenal di Negeri Sabah dan Johor.Manakala di Singapura,versi Ngui Chap sedikit berbeza kerana variasi sup yang lebih ringan berbading di Negeri Sabah dan Johor.Namun ai masih menjadi kegemaran ramai kerana kombinasi daging yang lembut + organ + sup yang wangi dan memuaskan.

Bahan-bahan

[sunting | sunting sumber]
Bahan utama (Sup&Daging/Organ)
[sunting | sunting sumber]
  1. 500g tulang babi / lembu (sup lebih sedap dengan tulang yang berisi sumsum
  2. 200g organ (babat, hati, limpa, paru) bersihkan & rebus awal
  3. 1 liter air
rempah & perisa
[sunting | sunting sumber]
  1. 4 ulas bawang putih (tumbuk kasar)
  2. 3 cm halia (hiris)
  3. 2 biji bunga lawang
  4. 1 batang kayu manis
  5. 1 sudu kecil lada putih biji (tumbuk kasar)
  6. garam secukupnya
  7. 1 sudu besar sos tiram
  8. 1 sudu besar kicap manis ( optional )
untuk hidangan
[sunting | sunting sumber]
  1. Mi nipis / mi kuning ( rebus siap )
  2. Taugeh segar
  3. Daun bawang & daun sup ( hiris )
  4. CIli kicap / cili sos ( cicah )
cara masak
[sunting | sunting sumber]
  • Rebus Tulang & Organ

Rebuskan tulang dan organ dalam 1 liter air selama 1-2 jam.Lalu buang buih/lelehan yang ada agar sup menjadi jernih

  • Masukkan Rempah

Masukkan bawang putih, halia,bunga lawang,kayu manis,lada putih.Biarkan 1 jam lagi supaya rempah masuk ke dalaml sup.

  • Masukkan Daging & Organ

Masukkan hirisan daging dan organ lain yang cepat masak.Rebus sehingga semua daging lembut (15-20 minit untuk hirisan nipis).Tambah garam,sos tiram & kicap manis.Kacaukan agak sebati.

  • Sediakan Mi & Taugeh

Rebus mi lalu tos kan mi yang telah direbus.Celur taugeh sebentar agar ia menjadi rangup namun tidak lembik.

  • Hidang

Susun mi dan taugeh dalam mangkuk.Tuangkan sup yang masih panas ke dalam, berserta dengan daging dan organ di atas.Lalu taburkan daun bawang dan daun sup di atas hidangan tersebut.

Ngui Chap di Hakka Food Court
  1. ↑ Ago, Elaineyuenin #teammalaysia â€Ē 8 Years (2018-02-20). "Ngiu Chap ( Beef entrails) â€Ē ቛäŧ€". Steemit (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2026-02-04.
  2. ↑ MySabah.com (2024-01-03). "The Best Ngiu Chap (Beef Noodle) of Sabah". MySabah.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2026-02-04.