Pergi ke kandungan

Guacamole

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Guacamole
Semangkuk guacamole
JenisCicahan
Tempat asalMexico
Bahan utamaAvokado, garam, perahan limau, tomato
Hidangan serupaMantequilla de pobre
Guasacaca Venezuela
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Guakamole (Sepanyol: guacamole, [gwa.ka.mo.lé] atau [wa.ka.mo.lé]; bahasa Nahuatl: āhuacamōlli[1]) ialah sejenis kuah cicahan (bahasa Nahuatl: mōlli[1]) berasaskan avokado (āhuacatl[1]) giling yang mula didapatidalam kalangan masyarakat Aztek dahulu.[2] di kawasan sekitar pedalaman tengah Mexico menyebar ke selatan Amerika Syarikat yang berjiranan sejak tahun 1990-an.[3]

Ia secara tradisinya diperbuat dengan menumbuk lenyek isi buah avokado masak bersama garam laut menggunakan alu dan lesung. Tomato, bawang merah, bawang putih, perahan limau kuning atau limau nipis, cili cayenne, dedaun ketumbar atau selasih juga boleh ditambah bagi menambah perisa.

Resipi pertama yang menepati gambaran guacamole (meski tidak diketahui dengan nama itu dalam buku tahun 1697, A New Voyage Round the World dikarang lanun dan ahli alam semula jadi Inggeris William Dampier semasa melawat Amerika Tengah dalam salah satu pelayaran keliling dunianya, di mana ia dibuat mengisar avokado, gula, dan perahan limau.[4]

  1. 1 2 3 González, Francisco Javier Ruiz (2001). Nahuatlismos en el español de México (dalam bahasa Sepanyol). SIMA Editores. m/s. 122.
  2. ↑ Zeldes, Leah A. (4 November 2009). "Eat this! Guacamole, a singing sauce, on its day". Dining Chicago. Chicago's Restaurant & Entertainment Guide, Inc. Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-03-23. Dicapai pada 5 November 2009.
  3. ↑ Khazan, Olga (2015-01-31). "The Selling of the Avocado". The Atlantic. Dicapai pada September 28, 2016.
  4. ↑ Fater, Luke (26 July 2019). "The Pirate Who Penned the First English-Language Guacamole Recipe". Atlas Obscura. Dicapai pada 2 February 2021.